Al-Jabbar tidak asing lagi dalam dunia rawatan alternatif terutama yang melibatkan penyakit-penyakit kronik yang menyerang penduduk di Malaysia mahupun di dunia..Al-Jabbar yang terkenal dengan produk terapi medan elektrostatik, Dr.Jism dan minuman bertenaga, Jabbar Root, kini kembali dengan produk dijamin 100% berkesan dalam merawat penyakit hati berlemak dan hepatitis A, B, dan C..
Tidak ramai yang mengetahui bahawa diri dalam diri mereka terdapat virus hepatitis atau tidak. Hepatitis atau Radang Hati boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti Alkohol, Virus, Dadah, Bahan Kimia dan Lain-lain penyakit. Penyakit Hepatitis ini akan menyerang mangsa dengan simptom2 Keradangan hati yang membawa kepada hati bengkak. Sirosis pula akan menyusul jika rawatan tidak diambil secepat mungkin dan akhirnya akan menyebabkan barah hati..
Tonik Hati Al-Jabbar mempunyai jawapan kepada penyakit ini..dapatkan maklumat lanjut mengenai penyakit Hati Berlemak dan Hepatitis serta kaedah rawatan yang kami kuasai dengan menghubungi saya di talian 0173853758(muhammad khaihdir)
Perkataan
‘heart’ seringkali diterjemahkan sebagai ‘hati’ dalam konteks sosial
dan perasaan sedangkan dari sudut biologi pula maknanya salah sama
sekali. Maka, masih menjadi kebiasaan seseorang itu tidak mengetahui
kedudukan, fungsi mahupun masalah kesihatan berkaitan hati, dan mungkin
juga beberapa struktur dan organ badan yang lain.
l Sakit dan rosak
Di
mana hati anda? Hati atau hepar (dalam bahasa Greek), merupakan organ
dan kelenjar terbesar di dalam badan dan berada di sebelah bawah tulang
rusuk kanan, bukannya di sebelah kiri dada (kedudukan jantung).
Pakar
Gastroenterologi dan Ketua Jabatan Perubatan Hospital Putrajaya, Datuk
Dr. Ahmad Shukri Md. Salleh menjelaskan hati juga mempunyai dua bahagian
utama, kiri dan kanan, beserta pundi hempedu di bawahnya.
“Hati
adalah organ penting untuk menapis bahan berbahaya dari dalam darah dan
membuangnya dari badan. Hati juga penting untuk penghadaman dan
metabolisme protein serta karbohidrat.”
Dr.
Ahmad Shukri menegaskan sakit hati dan rosak hati berbeza. Sakit hati
adalah istilah orang ramai yang biasanya merujuk kepada sakit di
bahagian hati yang mana puncanya adalah berbagai seperti jangkitan virus
hepatitis atau akibat minuman keras. Ianya juga boleh disebabkan oleh
hati yang bernanah (abscess) atau masalah batu hempedu.
Kerosakan
hati pula melibatkan radang atau kebengkakan pada hati disebabkan oleh
penyakit kronik seperti virus hepatitis B atau C, dan juga minuman keras
yang boleh membawa kepada sirosis hati dan kegagalannya untuk
berfungsi. Perlu difahami bahawa kerosakan hati boleh berlaku tanpa
pesakit merasai sebarang kesakitan.
“Hepatitis boleh membawa kepada sirosis (pengerasan hati) dan juga kanser hati!”
Gejala
penyakit hati, termasuk hepatitis, termasuklah hilang selera makan,
penurunan berat badan, pening, kencing kuning pekat dan tahi warna
kelabu macam tanah liat. Gejala yang timbul juga bergantung kepada tahap
kerosakan yang menjejaskan fungsi hati.
l Radang
Kebanyakan
masalah dan penyakit hati melibatkan penyakit kuning (jaundice) akibat
peningkatan bilirubin, bahan sampingan hasil kematian sel darah merah.
Kebiasaannya, hati yang sihat akan menapis bilirubin dari darah dan
membuangnya melalui hempedu. Bagi hati yang rosak, termasuk akibat
hepatitis, proses penapisan bahan sampingan ini mungkin terjejas. Ianya
juga berlaku disebabkan gangguan pengaliran air hempedu di dalam hati
disebabkan sel yang membengkak dan rosak.
Kebanyakan
kes hepatitis (radang hati) berlaku akibat jangkitan virus, seperti
mana Influenza H1N1 menyerang paru-paru. Namun, hepatitis juga boleh
berlaku akibat racun tertentu, penyakit autoimun atau penyakit
keturunan. Hepatitis boleh membentuk sirosis iaitu pembentukan tisu
parut pada hati bagi menggantikan sel hati yang mati akibat jangkitan
virus, ketagihan alkohol atau bahan kimia tertentu. Sirosis pula boleh
membawa kepada kanser hati!
“Hepatitis
sememangnya menggerunkan. Saya pernah berjumpa pesakit yang menangis
tiba-tiba, ketakutan akibat terlalu banyak maklumat, dan mungkin telah
salah faham mengenai situasi yang dihadapinya.
“Radang
hati melibatkan virus hepatitis jenis A, B, C, D, E, F dan G. Namun,
virus hepatitis B (HBV) dan virus hepatitis C (HCV) merupakan yang
paling menggerunkan,” kata Dr. Ahmad Shukri.
Menurutnya,
sirosis terbentuk daripada hepatitis kronik setelah bertahun-tahun
dijangkiti virus tersebut. Di bawah mikroskop elektron, virus hepatitis
kelihatan seperti bunga bulat tetapi sangat bahaya.
“Malaysia
dan rantau Asia mencatatkan paling banyak penyebaran virus hepatitis
secara menegak (vertical), dari ibu kepada anak, dalam kandungan atau
semasa dilahirkan. Dan, hanya HBV yang boleh dijangkiti secara menegak.
“Namun,
ada juga pesakit yang dijangkiti HBV atau HCV ketika sudah dewasa, pada
usia 30-an atau 40-an, melalui perkongsian jarum, pemindahan darah atau
organ, dan juga jika mereka sering bertukar pasangan seks.”
Oleh
itu, perlu difahami bahawa untuk HBV dan HCV, darah menjadi punca
penyebaran utama. Hepatitis bukannya satu penyakit keturunan atau
genetik!
HCV
tidak disebarkan secara menegak tetapi boleh berjangkit melalui kaedah
lain yang disebutkan tadi. Di Malaysia, lebih banyak kes hepatitis B
dilaporkan berbanding hepatitis C berikutan keupayaan HBV berpindah dari
ibu kepada anak.
“Dianggarkan terdapat 1.1 juta rakyat Malaysia yang disyaki menghidap hepatitis B (belum termasuk hepatitis C).
“Pesakit
yang memuntahkan darah akibat bengkak atau radang hati juga biasa
disalah anggap sebagai telah disantau orang,” jelas Dr. Ahmad Shukri.
l Peluang pulih
Peluang
seseorang yang dijangkiti HBV atau HCV pulih sepenuhnya, bergantung
kepada jenis virus dan juga kekuatan sistem imuniti badan pesakit.
Mereka yang masih muda, dengan sistem imuniti yang kuat, mempunyai
peluang yang cerah untuk pulih.
“Peluang
mereka yang dijangkiti HBV untuk pulih selepas enam bulan adalah lebih
tinggi. Malangnya, 70 peratus pesakit yang dijangkiti HCV (hepatitis C)
tidak akan pulih dan menjadi pembawa kronik virus tersebut.
“Cara
jangkitan juga menjadi penentu perkembangan hepatitis. Mereka yang
dijangkiti semasa dewasa mempunyai 85 peratus peluang untuk pulih
sepenuhnya. Tetapi, sehingga 85 peratus pesakit yang dijangkiti ketika
dilahirkan akan kekal dengan virus tersebut seumur hidup.”
Dr.
Ahmad Shukri bagaimanapun menegaskan masih banyak dapat dilakukan,
bermacam rawatan boleh dicuba, tetapi hanya jika jangkitan dikesan dari
peringkat awal. Jika ditunggu sehingga timbulnya gejala hepatitis,
mungkin sudah terlewat!
Kemunculan
Influenza A H1N1 mungkin telah menyedarkan kita betapa sukarnya merawat
jangkitan virus berbanding jangkitan bakteria. Namun, masih ada ubat
tertentu yang dapat mengekang dan menghalang penularan virus di dalam
badan pesakit.
Untuk
hepatitis, kini terdapat ubat dalam bentuk pil atau suntikan. Walaupun
telah lebih 15 tahun dihasilkan, peringkat awal rawatan secara suntikan
Interferon tidak memuaskan kerana kadar tindak balas yang rendah.
“Pada
awalnya, keberkesanannya hanya sekitar 20 peratus. Kemudian, ia
meningkat kepada 30 peratus, dan kini ubat tersebut yang terdiri dari
Nucleoside Analog dan Pegylated Interferon telah mampu memberi kesan
positif sehingga lebih dari 50 peratus.
“Walaupun
sebilangan pesakit kekal mempunyai virus hepatitis di dalam badan
mereka, ubat tersebut menyebabkan virus itu tidak aktif,” tegasnya.
Tambah
Dr. Ahmad Shukri, tujuan utama rawatan dimulakan secepat mungkin adalah
untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk kepada hati. Sebelum memulakan
rawatan, pesakit memerlukan pengesahan jenis virus dan tahap jangkitan
melalui beberapa ujian.
Ini
bagi menyesuaikan dengan kaedah rawatan yang paling berkesan.
Berbanding 15 tahun lalu, pesakit kini mempunyai banyak pilihan rawatan,
dengan kebanyakannya semakin berkembang dan semakin berkesan hasil
penemuan-penemuan terbaru.
“Bagi
pesakit yang dijangkiti ketika dewasa, 85 peratus daripada mereka akan
pulih sepenuhnya, tanpa kesan virus dalam badan dan telah membentuk
antibodi terhadap virus berkenaan!
“Perlu
diingatkan bahawa pengambilan tonik hepar atau vitamin tidak merawat
jangkitan virus hepatitis. Ia mungkin sekadar memberi suplemen tambahan
kepada hati tanpa menyembuhkannya,” tegasnya.
Pesakit
dinasihatkan untuk mendapat pandangan pakar sebelum mengambil sebarang
suplemen kerana dikhuatiri akan memberi kesan lain kepada hati yang
telah dijangkiti virus sekiranya tidak dipantau dengan cara yang betul.
l Saringan
Maklumat
terkini mengenai virus, cara jangkitan, kesan dan cara mencegah,
membolehkan kita merancang kaedah menentang penularan penyakit
berjangkit seperti hepatitis dan juga influenza. Untuk hepatitis, hanya
ujian darah memadai sebagai kaedah saringan mahupun pemantauan
penyebaran HBV atau HCV.
“Mereka
yang sering membuat ujian saringan untuk HBV, HCV ataupun HAV (virus
hepatitis A) mudah mengetahui jika mereka diserang virus hepatitis.
“HAV
yang disebarkan melalui makanan atau minuman tercemar, merupakan virus
hepatitis yang tidak berbahaya dalam jangka panjang dan boleh dicegah
dari awal melalui pengambilan vaksin,” katanya.
Dr.
Ahmad Shukri bagaimanapun berharap pihak hospital mahupun makmal
meningkatkan skop saringan virus hepatitis dengan sekurang-kurangnya
melibatkan saringan untuk kedua-dua HBV dan juga HCV.
“Pakej ujian darah sedia ada hanya melibatkan saringan untuk HBV sahaja. HCV juga sepatutnya disertakan!
“Kedua-dua
virus hepatitis yang disebarkan melalui darah ini boleh dikesan melalui
kehadiran antibodi terhadap virus terbabit. HBV juga boleh dikesan
melalui kehadiran antigennya (struktur permukaan kapsul virus).”
Walaubagaimanapun,
ujian saringan mungkin terlepas pesakit yang berada di dalam window
period, di ketika virus sedang bersembunyi akibat jumlah antibodi atau
antigen yang rendah. Bagi mengelakkan terus kebarangkalian jangkitan,
pengambilan vaksin mungkin menjadi cara pencegahan terbaik.
Vaksin
untuk HBV dan HAV sudah lama dikeluarkan. Terdapat dua jenis persediaan
vaksin berkenaan, sama ada secara berasingan atau kombinasi kedua-dua
vaksin dalam satu suntikan sahaja. Setiap individu memerlukan tiga dos
vaksin hepatitis B dan dua dos untuk vaksin Hepatitis A. Malangnya,
vaksin untuk HCV yang menjadi punca hepatitis lebih kronik belum
dihasilkan.
“Namun,
pesakit yang dijangkiti hepatitis sebelum sempat mengambil vaksin masih
mempunyai peluang untuk pulih, dan juga mengawal penularan virus
tersebut.
“Majoriti
generasi muda kini telah di beri suntikan vaksin hepatitis B semasa
lahir lagi sebagai salah satu suntikan wajib. Bagaimanapun, kita semua
masih berisiko dijangkiti HCV sementara generasi terdahulu tidak
terlindung daripada HBV,” ujarnya.
Untuk
itu, Dr. Ahmad Shukri menegaskan pesakit tidak melengah atau mengambil
mudah ujian saringan mahupun rawatan, kerana virus hepatitis akan
membawa kepada penyakit hati yang kronik.
“Sesetengah
pesakit mungkin pulih, yang lain pula mungkin kekal dengan virus
tersebut. Namun, perlu diingat bahawa hepatitis boleh dicegah, dikawal
dan kini boleh dirawat, sebelum ia berkembang menjadi sirosis mahupun
kanser hati!”