Friday 27 July 2012

Tonik Hati al-jabbar


Al-Jabbar tidak asing lagi dalam dunia rawatan alternatif terutama yang melibatkan penyakit-penyakit kronik yang menyerang penduduk di Malaysia mahupun di dunia..Al-Jabbar yang terkenal dengan produk terapi medan elektrostatik, Dr.Jism dan minuman bertenaga, Jabbar Root, kini kembali dengan produk dijamin 100% berkesan dalam merawat penyakit hati berlemak dan hepatitis A, B, dan C..

Tidak ramai yang mengetahui bahawa diri dalam diri mereka terdapat virus hepatitis atau tidak. Hepatitis atau Radang Hati boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti Alkohol, Virus, Dadah, Bahan Kimia dan Lain-lain penyakit. Penyakit Hepatitis ini akan menyerang mangsa dengan simptom2 Keradangan hati yang membawa kepada hati bengkak. Sirosis pula akan menyusul jika rawatan tidak diambil secepat mungkin dan akhirnya akan menyebabkan barah hati..



Tonik Hati Al-Jabbar mempunyai jawapan kepada penyakit ini..dapatkan maklumat lanjut mengenai penyakit Hati Berlemak dan Hepatitis serta kaedah rawatan yang kami kuasai dengan menghubungi saya  di talian 0173853758(muhammad khaihdir)





Perkataan ‘heart’ seringkali diterjemahkan sebagai ‘hati’ dalam konteks sosial dan perasaan sedangkan dari sudut biologi pula maknanya salah sama sekali. Maka, masih menjadi kebiasaan seseorang itu tidak mengetahui kedudukan, fungsi mahupun masalah kesihatan berkaitan hati, dan mungkin juga beberapa struktur dan organ badan yang lain.
l Sakit dan rosak
Di mana hati anda? Hati atau hepar (dalam bahasa Greek), merupakan organ dan kelenjar terbesar di dalam badan dan berada di sebelah bawah tulang rusuk kanan, bukannya di sebelah kiri dada (kedudukan jantung).
Pakar Gastroenterologi dan Ketua Jabatan Perubatan Hospital Putrajaya, Datuk Dr. Ahmad Shukri Md. Salleh menjelaskan hati juga mempunyai dua bahagian utama, kiri dan kanan, beserta pundi hempedu di bawahnya.
“Hati adalah organ penting untuk menapis bahan berbahaya dari dalam darah dan membuangnya dari badan. Hati juga penting untuk penghadaman dan metabolisme protein serta karbohidrat.”
Dr. Ahmad Shukri menegaskan sakit hati dan rosak hati berbeza. Sakit hati adalah istilah orang ramai yang biasanya merujuk kepada sakit di bahagian hati yang mana puncanya adalah berbagai seperti jangkitan virus hepatitis atau akibat minuman keras. Ianya juga boleh disebabkan oleh hati yang bernanah (abscess) atau masalah batu hempedu.
Kerosakan hati pula melibatkan radang atau kebengkakan pada hati disebabkan oleh penyakit kronik seperti virus hepatitis B atau C, dan juga minuman keras yang boleh membawa kepada sirosis hati dan kegagalannya untuk berfungsi. Perlu difahami bahawa kerosakan hati boleh berlaku tanpa pesakit merasai sebarang kesakitan.
“Hepatitis boleh membawa kepada sirosis (pengerasan hati) dan juga kanser hati!”
Gejala penyakit hati, termasuk hepatitis, termasuklah hilang selera makan, penurunan berat badan, pening, kencing kuning pekat dan tahi warna kelabu macam tanah liat. Gejala yang timbul juga bergantung kepada tahap kerosakan yang menjejaskan fungsi hati.
l Radang
Kebanyakan masalah dan penyakit hati melibatkan penyakit kuning (jaundice) akibat peningkatan bilirubin, bahan sampingan hasil kematian sel darah merah. Kebiasaannya, hati yang sihat akan menapis bilirubin dari darah dan membuangnya melalui hempedu. Bagi hati yang rosak, termasuk akibat hepatitis, proses penapisan bahan sampingan ini mungkin terjejas. Ianya juga berlaku disebabkan gangguan pengaliran air hempedu di dalam hati disebabkan sel yang membengkak dan rosak.
Kebanyakan kes hepatitis (radang hati) berlaku akibat jangkitan virus, seperti mana Influenza H1N1 menyerang paru-paru. Namun, hepatitis juga boleh berlaku akibat racun tertentu, penyakit autoimun atau penyakit keturunan. Hepatitis boleh membentuk sirosis iaitu pembentukan tisu parut pada hati bagi menggantikan sel hati yang mati akibat jangkitan virus, ketagihan alkohol atau bahan kimia tertentu. Sirosis pula boleh membawa kepada kanser hati!
“Hepatitis sememangnya menggerunkan. Saya pernah berjumpa pesakit yang menangis tiba-tiba, ketakutan akibat terlalu banyak maklumat, dan mungkin telah salah faham mengenai situasi yang dihadapinya.
“Radang hati melibatkan virus hepatitis jenis A, B, C, D, E, F dan G. Namun, virus hepatitis B (HBV) dan virus hepatitis C (HCV) merupakan yang paling menggerunkan,” kata Dr. Ahmad Shukri.
Menurutnya, sirosis terbentuk daripada hepatitis kronik setelah bertahun-tahun dijangkiti virus tersebut. Di bawah mikroskop elektron, virus hepatitis kelihatan seperti bunga bulat tetapi sangat bahaya.
“Malaysia dan rantau Asia mencatatkan paling banyak penyebaran virus hepatitis secara menegak (vertical), dari ibu kepada anak, dalam kandungan atau semasa dilahirkan. Dan, hanya HBV yang boleh dijangkiti secara menegak.
“Namun, ada juga pesakit yang dijangkiti HBV atau HCV ketika sudah dewasa, pada usia 30-an atau 40-an, melalui perkongsian jarum, pemindahan darah atau organ, dan juga jika mereka sering bertukar pasangan seks.”
Oleh itu, perlu difahami bahawa untuk HBV dan HCV, darah menjadi punca penyebaran utama. Hepatitis bukannya satu penyakit keturunan atau genetik!
HCV tidak disebarkan secara menegak tetapi boleh berjangkit melalui kaedah lain yang disebutkan tadi. Di Malaysia, lebih banyak kes hepatitis B dilaporkan berbanding hepatitis C berikutan keupayaan HBV berpindah dari ibu kepada anak.
“Dianggarkan terdapat 1.1 juta rakyat Malaysia yang disyaki menghidap hepatitis B (belum termasuk hepatitis C).
“Pesakit yang memuntahkan darah akibat bengkak atau radang hati juga biasa disalah anggap sebagai telah disantau orang,” jelas Dr. Ahmad Shukri.
l Peluang pulih
Peluang seseorang yang dijangkiti HBV atau HCV pulih sepenuhnya, bergantung kepada jenis virus dan juga kekuatan sistem imuniti badan pesakit. Mereka yang masih muda, dengan sistem imuniti yang kuat, mempunyai peluang yang cerah untuk pulih.
“Peluang mereka yang dijangkiti HBV untuk pulih selepas enam bulan adalah lebih tinggi. Malangnya, 70 peratus pesakit yang dijangkiti HCV (hepatitis C) tidak akan pulih dan menjadi pembawa kronik virus tersebut.
“Cara jangkitan juga menjadi penentu perkembangan hepatitis. Mereka yang dijangkiti semasa dewasa mempunyai 85 peratus peluang untuk pulih sepenuhnya. Tetapi, sehingga 85 peratus pesakit yang dijangkiti ketika dilahirkan akan kekal dengan virus tersebut seumur hidup.”
Dr. Ahmad Shukri bagaimanapun menegaskan masih banyak dapat dilakukan, bermacam rawatan boleh dicuba, tetapi hanya jika jangkitan dikesan dari peringkat awal. Jika ditunggu sehingga timbulnya gejala hepatitis, mungkin sudah terlewat!
Kemunculan Influenza A H1N1 mungkin telah menyedarkan kita betapa sukarnya merawat jangkitan virus berbanding jangkitan bakteria. Namun, masih ada ubat tertentu yang dapat mengekang dan menghalang penularan virus di dalam badan pesakit.
Untuk hepatitis, kini terdapat ubat dalam bentuk pil atau suntikan. Walaupun telah lebih 15 tahun dihasilkan, peringkat awal rawatan secara suntikan Interferon tidak memuaskan kerana kadar tindak balas yang rendah.
“Pada awalnya, keberkesanannya hanya sekitar 20 peratus. Kemudian, ia meningkat kepada 30 peratus, dan kini ubat tersebut yang terdiri dari Nucleoside Analog dan Pegylated Interferon telah mampu memberi kesan positif sehingga lebih dari 50 peratus.
“Walaupun sebilangan pesakit kekal mempunyai virus hepatitis di dalam badan mereka, ubat tersebut menyebabkan virus itu tidak aktif,” tegasnya.
Tambah Dr. Ahmad Shukri, tujuan utama rawatan dimulakan secepat mungkin adalah untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk kepada hati. Sebelum memulakan rawatan, pesakit memerlukan pengesahan jenis virus dan tahap jangkitan melalui beberapa ujian.
Ini bagi menyesuaikan dengan kaedah rawatan yang paling berkesan. Berbanding 15 tahun lalu, pesakit kini mempunyai banyak pilihan rawatan, dengan kebanyakannya semakin berkembang dan semakin berkesan hasil penemuan-penemuan terbaru.
“Bagi pesakit yang dijangkiti ketika dewasa, 85 peratus daripada mereka akan pulih sepenuhnya, tanpa kesan virus dalam badan dan telah membentuk antibodi terhadap virus berkenaan!
“Perlu diingatkan bahawa pengambilan tonik hepar atau vitamin tidak merawat jangkitan virus hepatitis. Ia mungkin sekadar memberi suplemen tambahan kepada hati tanpa menyembuhkannya,” tegasnya.
Pesakit dinasihatkan untuk mendapat pandangan pakar sebelum mengambil sebarang suplemen kerana dikhuatiri akan memberi kesan lain kepada hati yang telah dijangkiti virus sekiranya tidak dipantau dengan cara yang betul.
l Saringan
Maklumat terkini mengenai virus, cara jangkitan, kesan dan cara mencegah, membolehkan kita merancang kaedah menentang penularan penyakit berjangkit seperti hepatitis dan juga influenza. Untuk hepatitis, hanya ujian darah memadai sebagai kaedah saringan mahupun pemantauan penyebaran HBV atau HCV.
“Mereka yang sering membuat ujian saringan untuk HBV, HCV ataupun HAV (virus hepatitis A) mudah mengetahui jika mereka diserang virus hepatitis.
“HAV yang disebarkan melalui makanan atau minuman tercemar, merupakan virus hepatitis yang tidak berbahaya dalam jangka panjang dan boleh dicegah dari awal melalui pengambilan vaksin,” katanya.
Dr. Ahmad Shukri bagaimanapun berharap pihak hospital mahupun makmal meningkatkan skop saringan virus hepatitis dengan sekurang-kurangnya melibatkan saringan untuk kedua-dua HBV dan juga HCV.
“Pakej ujian darah sedia ada hanya melibatkan saringan untuk HBV sahaja. HCV juga sepatutnya disertakan!
“Kedua-dua virus hepatitis yang disebarkan melalui darah ini boleh dikesan melalui kehadiran antibodi terhadap virus terbabit. HBV juga boleh dikesan melalui kehadiran antigennya (struktur permukaan kapsul virus).”
Walaubagaimanapun, ujian saringan mungkin terlepas pesakit yang berada di dalam window period, di ketika virus sedang bersembunyi akibat jumlah antibodi atau antigen yang rendah. Bagi mengelakkan terus kebarangkalian jangkitan, pengambilan vaksin mungkin menjadi cara pencegahan terbaik.
Vaksin untuk HBV dan HAV sudah lama dikeluarkan. Terdapat dua jenis persediaan vaksin berkenaan, sama ada secara berasingan atau kombinasi kedua-dua vaksin dalam satu suntikan sahaja. Setiap individu memerlukan tiga dos vaksin hepatitis B dan dua dos untuk vaksin Hepatitis A. Malangnya, vaksin untuk HCV yang menjadi punca hepatitis lebih kronik belum dihasilkan.
“Namun, pesakit yang dijangkiti hepatitis sebelum sempat mengambil vaksin masih mempunyai peluang untuk pulih, dan juga mengawal penularan virus tersebut.
“Majoriti generasi muda kini telah di beri suntikan vaksin hepatitis B semasa lahir lagi sebagai salah satu suntikan wajib. Bagaimanapun, kita semua masih berisiko dijangkiti HCV sementara generasi terdahulu tidak terlindung daripada HBV,” ujarnya.
Untuk itu, Dr. Ahmad Shukri menegaskan pesakit tidak melengah atau mengambil mudah ujian saringan mahupun rawatan, kerana virus hepatitis akan membawa kepada penyakit hati yang kronik.
“Sesetengah pesakit mungkin pulih, yang lain pula mungkin kekal dengan virus tersebut. Namun, perlu diingat bahawa hepatitis boleh dicegah, dikawal dan kini boleh dirawat, sebelum ia berkembang menjadi sirosis mahupun kanser hati!”







WATER DISPENSER



Penapis 1
FILTER 1: Penapis Sedimen (Keladak)
Dapat memaksimumkan kesan penulenan air pada fasa 
pertama dengan menyingkirkan bendasing seperti debu,
pasir, dan segala kekotoran
Penapis 4


FILTER 2 : Penapis Pra Karbon
Menyerap bau, warna, rasa dan bahan kimia di dalam air.
Penapis 2


FILTER 3 : Penapis Tenaga - Bio
Menggunakan teknologi Jepun. Ia menukarkan molekul 
air yang besar kepada molekul air yang besar kepada 
molekul air berisi enam yang lebih kecil dan 
membolehkan dinding sel manusia dengan senang 
untuk menyerap dan menghasilkan proses metabolisme 
dengan lebih efisien
Penapis 5



FILTER 4 : Penapis Blok Karbon
Batu-batu yang padat yang mempunyai fungsi serapan yang
tinggi. Penapis ini menyerap ethylene, dichloride, peluntur,
bahan pestisik, bahan klorin, warna, bahan kimia yang merbahaya
dan halofon

HALOGEN COOKER



AL JABBAR HALOGEN COOKER
Halogen adalah unsur bukan logam dari kumpulan 17 jadual berkala yang
terdiri dari Flourin, Klorin, Bromin, Iodin, Danastatin iaitu elemen buatan 117
yang disebut ununseptium juga boleh menjadi halogen.

CIRI-CIRI ISTIMEWA AL JABBAR HALOGEN COOKER
1. Kaca tahan panas dan tahan karat
2. Import dari Germany
3. Sesuai untuk semua jenis alat memasak.
4. Senang dan mudah digunakan kerana menggunakan elektrik dan tidak
memerlukan gas.
5. Tiada api, tiada asap yang tebal dan tidak menghasilkan karbon
monoksida atau melepaskan mana-mana pembakaran gas berbahaya sisa
yang mencemarkan udara
6. Permukaan kaca yang kukuh, boleh menahan rintangan haba yang tinggi
7. Mudah untuk dibersihkan
8. Mesra pengguna kerana rekaan sentuhan pemilihan menu skrin.
9. Sistem masakan yang automatik





suffuan:017-2466515


Harga :
Harga AsalHarga Promosi
RM 2950.00RM 697.00



DR.Jabbar Raya




Promosi!!

Harga asal : RM1900

Harga Promosi :RM499

untuk keterangan lanjut sila hubungi 
suffuan 017-2466515

Master Filter Raya




 Sistem Air Dr. Jabbar Energy Life
Sistem penapisan MASTER FILTER DR JABBAR dibuat daripada aunstenitic
keluli tahan karat (JIS SS304) dan seramik tahan karat. Ianya digunakan secara
meluas dan boleh dipergunakan untuk perkakas dapur, kontena-kontena,
tangki-tangki dan sebagainya. Oleh itu ia direka dengan lebih teguh, elok dan
tahan lama. Sistem MASTER FILTER DR JABBAR adalah gabungan unik pasir
jerlus dan pasir halus. Penapis ini juga menghasilkan serta menyempurnakan
air bersih dilengkapi dengan sistem "Backwashing" kadar aliran air paip 3/4.
A) Tekanan pelampung injap seramik Dr Jabbar
B) Tolok tekanan
C) Penapis Salur Air Masuk
D) Injap Sehala
E) Paip Telus
MODEL AL JABBAR MASTER FILTER
Diameter9 inch
Height35 inch
Valve Size3/4 inch




Promotion Raya



Dapat kan segera selagi stock masih ada....unit amat terhad hanya untuk promotion pra raya sahaja....